Wednesday, November 24, 2010


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran   : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
Aktiviti 1      : Menggunakan unit standard.

(i) Unit Standard

Hasil Pembelajaran :
Di Akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit piawai dengan betul melalui bantuan guru.

Bahan Bantu Mengajar :
Botol air mineral, kotak kosong, kertas warna, bekas kosong, jug air, air berwarna.


KUMPULAN PENCAPAIAN TINGGI

Aktiviti A: Roda Warna

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli.

2. Murid diminta memutarkan roda warna.

3. Murid diminta mengambil kad warna pada roda warna tersebut mengikut penunjuk
    arah anak panah dan melihat bahagian belakang kad.

4. Murid membaca ukuran isipadu berdasarkan gambar silinder di belakang kad tadi.

5. Berdasarkan bacaan tersebut, murid dikehendaki menuangkan cecair berwarna
    mengikut warna kad yang diperolehi ke dalam bekas yang disediakan sehingga habis.





6. Setiap ahli kumpulan berpeluang memainkan permainan ini. Kumpulan yang dapat
    menghabiskan dahulu kesemua bekas dengan cecair yang betul dikira sebagai
    pemenang.


KUMPULAN PENCAPAIAN RENDAH

Aktiviti B: Ingat & Teka

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4
    orang ahli.

2. Guru mempamerkan 4 botol yang berisi air yang ditutup dengan kotak di hadapan
    kelas dan mengedarkan lembaran kerja untuk diisi oleh murid

3. Setiap botol air ditampalkan dengan jumlah isipadu cecair seperti 2L (2 liter)

4. Guru akan mengangkat kotak kosong beberapa saat dan meminta murid menumpukan
    perhatian dan melihat jumlah isipadu cecair pada botol tersebut

5. Guru mengulangi sehingga ke botol yang keempat secara bergilir-gilir.

6. Kemudian murid diminta mengingat dan menggunting gambar dan ditampalkan
    mengikut susunan dari A ke D pada lembaran kerja yang diberikan.

7. Kumpulan yang terpantas dapat menyiapkan lembaran kerja dengan betul dan tepat
    dikira sebagai pemenang.


 LEMBARAN KERJA
(murid pencapaian tinggi)



 LEMBARAN KERJA
(murid pencapaian rendah)






 


Thursday, November 18, 2010

Saksikan video ini bagaimana silinder penyukat digunakan 
untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat.